Monday, February 4, 2013

Meraikan perbezaan pendapat

Dalam dunia kita memang tidak dapat lari dari berpendapat. tak kisahlah, bagi pendapat ke, pendapat yang baru ke, pendapat lama yang diberi nafas baru ke, copy pendapat orang lain dan claim itu pendapat kite ke, tak kisah, yang penting, hidup berpandangan dan berpendapat memang tidak dapat dielakkan.

Contoh dalam Malaysia, kita ambil dari sektor politik. Kesemua manusia-manusia yang jadi ahli politik itu ada pendapat mereka sendiri. Mereka ada idea dan asas perjuangan, dan mereka merasakan itu yang terbaik untuk masyarakat marhaem. Walau bagaimanapun, tidak dapatlah mereka lari dari pandangan orang lain yang kadang senada, dan kadang berbeza. Tunjangnya, kesemua mereka mahu kan negara yang lebih baik.

Dari sektor agama pula, agama Islam adalah akar kepercayan orang melayu islam di Malaysia nih. Dari zaman dulu hingga sekarang, Islam itu relevan dan bersesuaian sehingga sekarang. Ramai ulama datang dan pergi, dan ada dikalangan mereka berbeza pendapat dalam beberapa hal, tapi mereka tidaklah sehingga berpecah belah, malah menganggap perbezaan itu sebagai salah satu proses melihat sesuatu perkara dalam kerangkan yang lebih luas. Indah bukan? yeaahhh..

Tetapi lain pulak senario di Malaysia nih..kalau berbeza sedikit, mulalah macam-macam tuduhan keluar. dia yahudi la, dia nasrani lah, dia israel la, ini haram, itu halal, tak boleh, dan macam-macam lagi. Ironiknya, yang jatuh hukum ni pulak bukan ahli dalam bidang tersebut. Main ikut logik akal masing-masing.

Rafizi Rami, semasa perjumpaan pelajar dengan Anwar Ibrahim ada menyebut, sebagai orang muda yang peduli, mestilah selalu berfikir. Mestilah selalu bertanya, memikirkan apa itu, kenapa ini, bagaimana berlaku, apa yang akan terjadi supaya akal yang diberi tuhan yang maha esa ini digunakan untuk tujuan yang bagus dan mulia. Tidaklah menjadi akal yang mati dan hanya "sedut" semua yang dilaporkan di dada akhbar atau pun di internet. Jangan jadikan kepercayaan kita dan pegangan kita atau asas perjuangan kita batu halangan untuk kita bertanya dan memberikan pendapat. Cikgu pengajian Am gua, Cikgu Gopal pernah cakap dengan loghat singhnya ,"bertanya tidak akan menjadikan anda bodoh".

Bagaimana kita meraikan perbezaan pendapat? Bagaimana kita mahu suara kita di dengar? bagaimana kita bersikap ketika diri kita berbeza pendapat dengan orang yang lain? Ada banyak cara dan gaya, terpulang pada individu itu untuk menggariskannya mengikut kesesuaian dan cara pemikirannya.

Kita ambil satu contoh. Baru-baru ini Ustaz Nasharudin Mat Isa telah dipecat oleh Majlis Syura atas pelbagai sebab, dan salah satu sebabnya ialah beliau didakwa seringkali tidak hadir ke mesyuarat. Gua tidak pasti hal ini, tapi itu yang dilaporkan. Tapi apa yang gua nampak, Ustaz Nasha ini terlalu banyak berbeza dengan kepimpinan parti, pada beliau segala-gala yang penting adalah kesatuan ummah, manakala PAS pula perlu mengejar Putrajaya untuk berkuasa, sekaligus melancarkan pelan-pelan pembangunan Islam yang telah dirancang lama.

Dalam hal ini, bagi gua ia melibatkan sebuah organisasi dan seorang ahlinya. Bagi ahli, adalah tidak salah mengutarakan pendapat, dan terpulang pada parti untuk mendengar dan ambil tindakan. Tetapi, jika pendapat kita itu diambilkira tetapi tidak mendapat sokongan dari ahli yang lain, kita perlu redha dan ikut ketetapan yang telah ditetapkan. Itulah cara kita meraikan perbezaan pendapat. Mungkin pada kita, sesuatu itu merugikan Islam, sedangkan apa yang kita lakukan itu merugikan parti. Gua bukan hendak meletakkan parti atas agama, apa yang gua nak cakap adalah, tetaplah dalam jemaah dan menyumbang. Belum tentu pendapat kita itu adalah sesuatu yang absolute, pasti akan terjadi dan sebagainya.

Banyak lagi perkara dan banyak lagi gua nak tulis tapi gua maals, pasal bukan ade orang bace pun. kah3!!

tapi gua tetap akan tulis. Gua akan tulis apa yang gua rase, dan lu orang feel free untuk menyokong atau berbeza.

Gua suka berbeza sebab ianya bukak otak gua yang selama ini beku.



Till the next post,

Plug Kipas.

No comments:

Post a Comment